MENGENAI KAMI
Koperasi Emas Harga Lelong Berhad adalah sebuah koperasi yang telah menjadi pionir dalam industri emas dengan konsep harga lelong dan murah. Dengan komitmen untuk menyediakan akses kepada emas berkualiti dengan harga yang terjangkau, Koperasi Emas Harga Lelong Berhad telah menjadi penyelesaian kepada keperluan masyarakat yang ingin melabur dalam emas atau memiliki perhiasan emas tanpa perlu membayar harga yang mahal.
TUJUAN PENUBUHAN
Selaras dengan penubuhannya, Koperasi KEHL berwawasan menjadi sebuah entiti bisnes yang menjana keuntungan bagi menyalurkan manfaat dan faedah kepada anggotanya. Tertakluk kepada peruntukan Undang-Undang Kecil Koperasi Kedai Emas Harga Lelong Berhad, Akta Koperasi 1993 (Akta 502), Garis panduan serta Peraturan-Peraturan, Koperasi ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti aktiviti berikut :-
- Menjalankan aktiviti berkaitan jual beli emas patuh syariah secara efisien
- Menguruskan kewangan dan tadbirurus syarikat dengan telus dan cekap
- Meningkatkan prestasi kewangan melalui strategi-strategi bisnes teras yang telah dirancang.
- Pulangan dalam bentuk dividen dan manfaat kepada anggota
SEJARAH PENUBUHAN
Pada tahun 2016, Darulaman Gold Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh En. Nik Suwardy Bin Nik Mat bersama-sama dengan 6 orang adik beradik. Permulaan perniagaan kedai emas ini bermula dengan jualan secara mobile dan runcit sahaja tanpa sebarang kedai. Setelah 2 tahun dengan menempuh segala cabaran dan dugaan bisnes, alhamdulillah Kedai Emas PERTAMA telah dibuka di UTC Alor Star, Kedah. Tahun demi tahun setiap cawangan dan branding baru “
KEDAI EMAS HARGA LELONG ” berjaya dibuka seluruh Malaysia. Sekarang sebanyak 12 kedai emas harga lelong telah dibuka. Untuk cawangan di Tunjong, KEHL Gold Glory Empire ditubuhkan pada 3 November 2020. Kedai Emas Harga Lelong Tunjung dan dijadikan sebagai pejabat utama (HQ) bagi kesemua cawangan di Malaysia.
Layari Laman Web Rasmi KEHL : https://koperasikehl.my